Aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan selama ini kepada ku.Selain memiliki ZSR 150 aku juga memiliki beberapa buah kenderaan lain. Bukan untuk bermegah,cuma ini sahaja harta yang aku ada, di tambah dengan minat dan sedikit kelebihan yang aku ada. Kenderaan ini semua beli sendiri, tak ada satupun dari elaun FAMA (Father and Mother). Bukan apa, dah kerja dan bergaji tetap ni bolehlah guna kelebihan yang ada untuk membeli sesuatu yang aku minati. Lagipun terkenang masa mula-mula menjalani perkongsian hidup dengan isteri yang disayangi, kami pernah jalan kaki dan naik bas berhenti-henti, sampaikan dah dapat anak seorangpun masih terpinjam-pinjam kenderaan kawan bila anak sakit mau bawa ke klinik atau hospital. Tak kira siang atau tengah malam bila ada keperluan aku terpaksa tebalkan muka ketuk rumah member untuk pinjam kenderaan.Terima kasih buat Mr.Jais Scotle dan Miss Marali kerana sudi berkongsi kesusahan dan sudi meminjamkan kenderaan bila diperlukan.Jasa kalian takkan pernah aku lupakan.
Atas keperluan yang mendesak,isteriku mencadangkan agar kami mengambil kenderaan "second hand" dengan wang pendahuluan sebanyak RM4000 dia yang berikan hasil simpanannya selama ini sejak dari maktab perguruan sehingga setahun lebih bekerja.Aku...entah ke mana saja duit aku belanjakan.Dan akhirnya inilah kenderaan kami yang pertama.Syukur alhamdulillah, biarpun tidak sebaik mana akhirnya aku tidak perlu meminjam lagi kerana sudah berkenderaan sendiri.
Kereta Pertama Kami - Nissan Sunny 130Y - SA452F
Kereta ni banyak berjasa pada kami kerana masa ni lah kami baru memulakan hidup berkenderaan sendiri. Kereta ni jugak yang aku bawak ulang alik dari Lahad Datu ke labuan masa cuti sekolah bila balik kampung isteri untuk bercuti.Lama jugak la pakai. Kereta second hand biasalah banyak ragam.Kerap mogok bila mau start enjin. Satu hari tu ada askar datang rumah mau beli,siap bawak isteri yang sedang sarat mengandung, tunjuk minat sangat dengan kereta tu.Aku sebenarnya tidak ada niat pun mau jual sebab mau habis hutang di bank. Tapi entah macamana bila tengok isteri dia yang sedang sarat tu aku kesian pulak.Last-last aku jual jugak. Duit yang aku dapat aku buat deposit beli kereta baru.Terima kasih SA452F dan selamat bertugas bersama tuan baru.

0 comments:
Post a Comment