Hari ni ahad aku singgah rumah kawan di Lubok Temiang sebab ada anak jiran aku kahwin. Dia buat majlis di kampung,rumah bapa dia.Anaknya yang kahwin tu bekas murid aku. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Aku datang sendiri naik motor sebab anak dan isteri tumpang adik ipar aku.Tadi orang rumah ada majlis di sekolah. Saja lepas gian naik motor sorang-sorang. Bukan apa, sejak hari Khamis lepas aku cuti, cadangnya mau ke KK naik motor solo.Sayangnya cuaca tidak mengizinkan dan orang rumahpun agak keberatan mau melepaskan.Sayang suami la katakan. Akhirnya aku duduk terperap saja di rumah sepanjang cuti 2 hari di tambah sabtu dan ahad ni.Aku cadang ke KK sebab mau cari ilham buat isi blog ni.Dapat jugak ambil gambar sepanjang perjalanan nanti.Apa boleh buat, rancang punya rancang akhirnya tidak menjadi juga.Lepas tengok orang kahwin aku ajak anak bungsu aku naik motor sebab aku ada bawa bersama helmet spare. Kami ronda-ronda Pohon Batu sampai Merinding.Punya dia seronok....Singgah di Pohon Batu aku ambil gambar kejap.Saja buat kenangan...
1 comments:
Salam, sy wakil kippers sedia ada menjemput tuan memeriahkan forum kami di www.kawasakikips.com. :)
Post a Comment