Advertise Here

MY KAWASAKI ZSR 150

- Another Blogger Blog's

16 Oktober 2014
Khamis
Hari ini kami peserta Bengkel Pembinaan Modul Tahun 5 telah berpindah tempat berbengkel di Makmal Komputer SMK Lajau.
Ini kerana untuk bengkel kali ini kami memerlukan peralatan komputerdan talian internet untuk membina BLOG menggunakan www.blogger.com
Bagaimanapun beberapa masalah timbul seperti talian internet yang sering terputus serta kegagalan unuk mendaftar dalam laman blogger tersebut membantutkan perjalanan bengkel ini.
Guru-guru terpaksa menggunakan alternatif sendiri seperti penggunaan laptop dan broadband peribadi untuk menjayakan bengkel ini.Bak kata pegawai besar UTV di JPN Labuan Tuan Awang Adi guru perlu kreatif dan berusaha membeli sendiri talian Broadband sekiranya talian internet sekolah tidak dapat digunakan.
Saya kagum dengan kesungguhan rakan rakan dalam menjalani bengkel ini sehingga berjaya.Komitmen yang mereka tunjukkan sepanjang berbengkel selama 3 hari bermula dari 14 hingga 16 Oktober 2014 seharusnya mendapat pujian dan diberi penghargaan oleh pihak-pihak dari atas langit.