Advertise Here

MY KAWASAKI ZSR 150

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan selama ini kepada ku.Selain memiliki ZSR 150 aku juga memiliki beberapa buah kenderaan lain. Bukan untuk bermegah,cuma ini sahaja harta yang aku ada, di tambah dengan minat dan sedikit kelebihan yang aku ada. Kenderaan ini semua beli sendiri, tak ada satupun dari elaun FAMA (Father and Mother). Bukan apa, dah kerja dan bergaji tetap ni bolehlah guna kelebihan yang ada untuk membeli sesuatu yang aku minati. Lagipun terkenang masa mula-mula menjalani perkongsian hidup dengan isteri yang disayangi, kami pernah jalan kaki dan naik bas berhenti-henti, sampaikan dah dapat anak seorangpun masih terpinjam-pinjam kenderaan kawan bila anak sakit mau bawa ke klinik atau hospital. Tak kira siang atau tengah malam bila ada keperluan aku terpaksa tebalkan muka ketuk rumah member untuk pinjam kenderaan.Terima kasih buat Mr.Jais Scotle dan Miss Marali kerana sudi berkongsi kesusahan dan sudi meminjamkan kenderaan bila diperlukan.Jasa kalian takkan pernah aku lupakan.
Atas keperluan yang mendesak,isteriku mencadangkan agar kami mengambil kenderaan "second hand" dengan wang pendahuluan sebanyak RM4000 dia yang berikan hasil simpanannya selama ini sejak dari maktab perguruan sehingga setahun lebih bekerja.Aku...entah ke mana saja duit aku belanjakan.Dan akhirnya inilah kenderaan kami yang pertama.Syukur alhamdulillah, biarpun tidak sebaik mana akhirnya aku tidak perlu meminjam lagi kerana sudah berkenderaan sendiri.

Kereta Pertama Kami - Nissan Sunny 130Y - SA452F

Kereta ni banyak berjasa pada kami kerana masa ni lah kami baru memulakan hidup berkenderaan sendiri. Kereta ni jugak yang aku bawak ulang alik dari Lahad Datu ke labuan masa cuti sekolah bila balik kampung isteri untuk bercuti.Lama jugak la pakai. Kereta second hand biasalah banyak ragam.Kerap mogok bila mau start enjin. Satu hari tu ada askar datang rumah mau beli,siap bawak isteri yang sedang sarat mengandung, tunjuk minat sangat dengan kereta tu.Aku sebenarnya tidak ada niat pun mau jual sebab mau habis hutang di bank. Tapi entah macamana bila tengok isteri dia yang sedang sarat tu aku kesian pulak.Last-last aku jual jugak. Duit yang aku dapat aku buat deposit beli kereta baru.Terima kasih SA452F dan selamat bertugas bersama tuan baru.
Hari ni ahad aku singgah rumah kawan di Lubok Temiang sebab ada anak jiran aku kahwin. Dia buat majlis di kampung,rumah bapa dia.Anaknya yang kahwin tu bekas murid aku. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Aku datang sendiri naik motor sebab anak dan isteri tumpang adik ipar aku.Tadi orang rumah ada majlis di sekolah. Saja lepas gian naik motor sorang-sorang. Bukan apa, sejak hari Khamis lepas aku cuti, cadangnya mau ke KK naik motor solo.Sayangnya cuaca tidak mengizinkan dan orang rumahpun agak keberatan mau melepaskan.Sayang suami la katakan. Akhirnya aku duduk terperap saja di rumah sepanjang cuti 2 hari di tambah sabtu dan ahad ni.Aku cadang ke KK sebab mau cari ilham buat isi blog ni.Dapat jugak ambil gambar sepanjang perjalanan nanti.Apa boleh buat, rancang punya rancang akhirnya tidak menjadi juga.Lepas tengok orang kahwin aku ajak anak bungsu aku naik motor sebab aku ada bawa bersama helmet spare. Kami ronda-ronda Pohon Batu sampai Merinding.Punya dia seronok....Singgah di Pohon Batu aku ambil gambar kejap.Saja buat kenangan...
Ni Narimin Junior...bakal pewaris ZSR150....


Comments: (0)
Comments: (0)
Terima kasih yang tak terhingga buat En.Azizie Md Yusoph, jurulatih yang didatangkan khas dari SMK Labuan untuk mengajar bagaimana membina laman blog. Sebelum ini aku udah pernah create blog sendiri tapi saja-saja untuk tambah ilmu ICT. Rupa-rupanya banyak benda lagi yang belum sempat aku teroka. Nasib baik dapat ikut kursus Membina Laman Blog selama 2 hari (9 hingga 10 Nov.2009) anjuran Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Labuan. Cuma rasa rugi sikit sebab minggu lepas ada juga diadakan kursus photoshop.Aku bab-bab seni halus dan kreatif ni lemah sikit. Harap-harap kalau ada lagi kursus ICT seumpama ini aku tersenarai lagi untuk jadi peserta. Terima kasih buat penganjur dan urusetia.
Comments: (0)
Aku memang sudah rancang sejak awal lagi kalau ada motor ZSR150 aku akan tukar cat biru. Bukan apa,Dulu motor pertama warna merah.Tukar selera la pulak.lagipun aku ada kenal kawan yang boleh bagi harga bagus untuk cat motor seluruh badan. Tapi bila tiba waktu tukar cat, punyala lama aku tunggu,hampir masuk 3 bulan baru siap.Bukan apa, kawan tu sibuk bikin cat kereta,sampai aku hampir putus asa tunggu lama betul. Nasib baik seminggu sebelum raya aku sempat ambil motor tu. Patut la harga murah.Dia cat pun cincai saja. Tidak apala janji sudah tukar warna. Hasilnya dengan bermodalkan RM150, inilah dia transformasi yang aku maksudkan.Tadaaaa....!!
Ini pulak adalah pengalaman aku memiliki motor ZSR 150 yang ketiga. Motor ni aku beli lepas rakan-rakan di pejabat bagitau ada iklan motor Kawasaki di papan iklan di Ujana. Lepas tengok harganya pun aku rasa ngam dan sesuai dengan kocek aku yang masih kembung sikit tu, aku call tuan punya motor.Rupanya pejabatnyapun di Ujana jugak.Lepas balik kerja aku janji jumpa di rumahnya.Dia sewa di Taman Mutiara, blok M.Masa aku datang tu,aku nampak motor tengah berbungkus.Aku tertarik sebab nampak macam kena jaga betul motor tu.Body dan enjin lebih mantap dari motor yang aku beli di Inanam dulu. Lepas bincang dan minta kurang, aku setuju angkat jugak motor tu sebab aku berkenan tengok tayar belakangnya besar gila.Tidak sangka motor ZSR150 ni boleh pakai tayar besar.Dia bagi aku helmet KHI sebagai gift.Kira masih baru lagi la.Tapi helmet tu aku jarang pakai.Aku bagi anak aku yang di sekolah rendah saja pakai sebab sebab saiznya kecik.
Satu saja yang aku tidak berkenan dengan motor ni ialah pasal warna bodynya.Adaka patut sampai 3 color.Hitam,kelabu dan kuning.Sori,not my taste.Aku suka satu kaler saja. Kami ke JPJ keesokannya untuk urusan tukar nama.Semua pembayaran urus tukar nama aku buat.Tidak apala janji sudah tukar nama.Satu saja yang bikin pening sikit kepala aku ialah macamana aku mau kasi tau sama orang rumah yang aku beli lagi satu motor. Bukan apa, di rumahpun sudah ada ZSR150 dan EX5. Ni kalau dia tau aku beli lagi motor sebijik, tidak taula apa dia akan cakap.Aku get ready sajalah kena bom nanti,he..he...he..

Sampai di rumah anak-anak dan isteri tak banyak komen.Seronok pulak tengok diorang tidak kisah aku tambah lagi satu bijik motor.Selamatttt...
Ini pula kenangan aku beli motor kedua aku.Apalagi ZSR150 jugakla. Motor ni aku beli d Kota Kinabalu dari seorang mat motor yang aku kenal masa cari motor second hand di Inanam dulu. Motor ni teruk sikit keadaannya.Firing pecah,tangki kemik dan ekzos pulak sudah keluar minyak hitam.Tapi macam ada chemistry pulak sampai aku sungguh-sungguh mau ambil motor tu.Bukan apa, puas cari yang harga murah tapi tidak jumpa.Last-last ambil jugak la yang satu ni.Aku cadang mau bikin motor modified.Kasi tukar cover set macam ZX7R.Tapi sampai sekarang ni belum ada modal.Motor masih tersadai bawah tangga.Aku masih ingat hari aku ambil motor tu hari cuti Good Friday di Sabah.Tah macamanala aku boleh lupa hari tu cuti.Aku datang ke KK naik kapal terbang.Tiba di airport baru aku terdengar beberapa orang petugas PGA berincang pasal cuti hari tu.Alamak...macamana mau pigi JPJ tukar nama.Mau pulang tiket pulak tiada.Aku ambil keputusan turun saja ke KK dan call mamat tu.Kami jumpa di Centrepoint.Sambil belanja dia makan kami berborak pasal motor.Dia jual motor tu sebab mau beli EX5 di Telupid.Punya la jauh mau ambil motor.Aku minta kureng harga tapi dia tetap bagi harga asal RM2000.Mau tidak mau aku bayar sajalah.Dia cuma bagi helmet buruk sebijik yang visornya sudah kabur untuk aku sebagai gift.Ambik sajalah apa mau buat.Oleh kerana JPJ tutup, aku cuma ambik maklumat diri (IC fotostat) dan kad ori sebagai bukti pembelian.Aku janji dengan dia bila-bila aku free aku turun ke Inanam lagi cari dia untuk tukar nama.Dapat saja motor aku terus pigi tukar tayar dan pasang side mirror.Mau pasang brek belakangpun tidak sempat sebab kedai tutup awal.Kan hari ni cuti umum di Sabah.Susah hati pun ada, takut pun ada sebab tengok keadaan motor macam tidak confident saja mau bawak balik rumah.Aku ambil keputusan untuk tidur saja di KK malam tu.Aku tidur di Grace Ville hotel di Karamunsing. Senang sikit aku tengok motor sebab aku park betul-betul sebelah bilik aku sewa tu. Awal pagi lagi aku sudah bangun sekitar jam 5 subuh.Tidur malam semalam tidak lena.Asyik fikir pasal perjalanan yang jauh yang bakal aku tempuhi.Lepas mandi dan solat subuh,aku check out dari hotel.Bila mula start motor,motor meragam pulak tidak mau hidup.Sudah tu,kick starter pulak looose.Alamak matilah kalau macam ni...Aku bertawakal dan berserah kepada Illahi dan kemudian membaca selawat.Akhirnya motor hidup juga.Dapatla aku teruskan perjalanan. Bila tunggang motor tu baru rasa free sangat...segala masalah aku hilang begitu saja.Rasa takut diganti rasa seronok pulak.Punyala siok bawa motor di KK ketika awal pagi sebab tidak banyak kenderaan.Aku boleh pecut sampai 120kmph.Brek belakang tiadapun aku hantam saja.Nasib baik tiada apa-apa masalah timbul bila turun bukit. Sampai di Kinarut, aku singgah stesen minyak Petronas yang selalu aku singgah bila datang ke KK untuk isi tangki dan pi toilet kejap....he...he..he. Lepas tu perjalanan aku teruskan sampai di Membakut.Aku singgah lagi di stesen minyak Shell,takut-takut minyak tidak cukup.Tapi agak terperanjat sebab minyak banyak lagi.Kira jimatla jugak.Aku isi saja sampai penuh,sebab lepas ni aku takkan jumpa stesen minyak lagi. Aku sampai di Menumbok sebelum pukul 10.00 pagi.Lajuka tu? Yang pasti tiang bendera feri pun belum nampak lagi.Lega sebab boleh berurusan lebih awal.Feri yang bawa kenderaan feri kecik saja.Tidak apala janji sampai rumah. Bila sudah berada dalam feri tu baru aku sedar yang aku sudah berjaya melalui satu perjalanan yang susah aku mau cakap.Apa yang aku kesalkan hanyalah aku tidak pulak ambil gambar sepanjang perjalanan tu sebagai bukti. Hati betul-betul lega bila aku sudah sampai di rumah.Lepas satu azab...alhamdulillah.



Ini adalah kenangan lama aku yang paling special. ZSR150 ni tidak ada problem sepanjang aku guna, hanya setakat minor service saja.Motor ni aku beli second hand dari kedai.Kiranya aku tuan kedua la.Tuan punya motor tolak motor tu ke kedai.Kesian kawan tu, sebab berhenti kerja terpaksa jual motor.Aku pulak tolak motor lama aku Kawasaki AR80R buat deposit.Motor tu aku sayang jugak tapi sebab sudah selalu sangat kondem jadi aku tidak ada pilihan selain "say good bye" buat dia.Lagipun aku sudah lama mengidam mau ambik motor besar sikit.So dapat ZSR150 ni sudah kira okey la.Akupun bukannya hardcore mat motor.Cuma minat saja.Dapat bawak pigi keja pun jadikla. Motor ni ada loan di bank yang belom settle lagi so tiap-tiap bulan aku bayar di bank.Alhamdulillah berkat kesabaran aku akhirnya settle jugak utang.Paling seronok bila sudah jadi hak milik sepenuhnya.Best,tidak payah berhutang lagi.Motor ni aku tidak pernah bawak ke luar daerah, sekadar pakai di pulau ni saja.Pergi keja, balik keja, sangat mudah.Tida payah pikir untuk bayar parking.Kalau jem senang-senang potong line,he..he..he. Puas jugak la aku pakai.Kalau tidak silap dari sejak tahun 1998 hingga 2008.Kira 10 tahun la jugak kan.Malangnya last semester masa study di OUM dulu aku kena settle yuran pengajian yang makan banyak ribu jugak la.Atas nasihat kawan aku terpaksa tolak motor kesayangan aku untuk settle duit pengajian tu.Apa boleh buat sudah nasib badan. Bagaimanapun aku janji pada diri aku lepas tamat pengajian nanti aku mesti cari jugak penggantinya, biarpun tidak sama dan tidak serupa 100%. Janji ZSR150. Terima kasih LA6591 dan selamat bertugas dengan tuan baru...hu..hu..hu.