Minggu lepas dua orang sahabat baikku dari KL telah datang berkunjung ke Sabah,lebih tepatnya ke Kota Kinabalu.Kebetulan juga kami sekeluarga berada di sana sempena cuti Harii Wilayah.
Aku sudah merancang membawa mereka semua ke Kundasang,destinasi kegemaran aku dan alhamdulillah bukan setakat ke Kundasang (Masjid Daerah Kundasang,Desa Cattle,Dream World Resort,Taman Kinabalu) aku sempat bawa mereka menjenguk ke Ranau sekejap sebelum membawa mereka kembali ke KK.
Keesokan harinya selepas menghantar isteri menghadiri kuliah di Tuaran aku sempat bawa mereka melawat Muzium Negeri,solat Di Masjid Negeri dan last sekali singgah melawat ke Rumah Terbalik di Tamparuli.
Buat Zul dan Fikri, mohon maaf atas segala kekurangan dan harap kalian tidak serik datang ke Sabah,Negeri Di Bawah Bayu
0 comments:
Post a Comment