Advertise Here

MY KAWASAKI ZSR 150

- Another Blogger Blog's

Salam untuk semua.Hari ini tiba-tiba teringat model Kawasaki Ninja 250R keluaran 2013.
Cantik memang cantik kalau dibandingkan dengan model sebelumnya.
Kalau sebelum ini mo tangkap KR150 terbaru kini dah tukar selera mo ambil model ni pulak.kira up grade sikit la lepas ni.hehehe

Hari ini saudara sepupuku papau membuka lembaran baru dalam hidupnya bila dia dan orang yang disayamginya dirailan dalam majlis perkahwinan yang pastinya sungguh meriah.Aku cuma agak terkilan kerana tidak dapat datang untuk turut sama meraikannya kerana kekangan masa dan kedudukan kami yang jauh tidak memungkinkan aku untuk hadir tepat pada waktunya.hanya yang mampu aku ucapkan selamat pengantin baru,semoga panjang jodoh dan dimurahkan rezeki serta berbahagia ke anak cucu.salam sayang dari kami sekeluarga.
Comments: (0)

Minggu lepas dua orang sahabat baikku dari KL telah datang berkunjung ke Sabah,lebih tepatnya ke Kota Kinabalu.Kebetulan juga kami sekeluarga berada di sana sempena cuti Harii Wilayah.
Aku sudah merancang membawa mereka semua ke Kundasang,destinasi kegemaran aku dan alhamdulillah bukan setakat ke Kundasang (Masjid Daerah Kundasang,Desa Cattle,Dream World Resort,Taman Kinabalu) aku sempat bawa mereka menjenguk ke Ranau sekejap sebelum membawa mereka kembali ke KK.
Keesokan harinya selepas menghantar isteri menghadiri kuliah di Tuaran aku sempat bawa mereka melawat Muzium Negeri,solat Di Masjid Negeri dan last sekali singgah melawat ke Rumah Terbalik di Tamparuli.
Buat Zul dan Fikri, mohon maaf atas segala kekurangan dan harap kalian tidak serik datang ke Sabah,Negeri Di Bawah Bayu