Advertise Here

MY KAWASAKI ZSR 150

- Another Blogger Blog's

Jauh di mata dekat di hati.

Salam untuk semua.Hari ini tiba-tiba teringat model Kawasaki Ninja 250R keluaran 2013.
Cantik memang cantik kalau dibandingkan dengan model sebelumnya.
Kalau sebelum ini mo tangkap KR150 terbaru kini dah tukar selera mo ambil model ni pulak.kira up grade sikit la lepas ni.hehehe

Hari ini saudara sepupuku papau membuka lembaran baru dalam hidupnya bila dia dan orang yang disayamginya dirailan dalam majlis perkahwinan yang pastinya sungguh meriah.Aku cuma agak terkilan kerana tidak dapat datang untuk turut sama meraikannya kerana kekangan masa dan kedudukan kami yang jauh tidak memungkinkan aku untuk hadir tepat pada waktunya.hanya yang mampu aku ucapkan selamat pengantin baru,semoga panjang jodoh dan dimurahkan rezeki serta berbahagia ke anak cucu.salam sayang dari kami sekeluarga.
Comments: (0)

Minggu lepas dua orang sahabat baikku dari KL telah datang berkunjung ke Sabah,lebih tepatnya ke Kota Kinabalu.Kebetulan juga kami sekeluarga berada di sana sempena cuti Harii Wilayah.
Aku sudah merancang membawa mereka semua ke Kundasang,destinasi kegemaran aku dan alhamdulillah bukan setakat ke Kundasang (Masjid Daerah Kundasang,Desa Cattle,Dream World Resort,Taman Kinabalu) aku sempat bawa mereka menjenguk ke Ranau sekejap sebelum membawa mereka kembali ke KK.
Keesokan harinya selepas menghantar isteri menghadiri kuliah di Tuaran aku sempat bawa mereka melawat Muzium Negeri,solat Di Masjid Negeri dan last sekali singgah melawat ke Rumah Terbalik di Tamparuli.
Buat Zul dan Fikri, mohon maaf atas segala kekurangan dan harap kalian tidak serik datang ke Sabah,Negeri Di Bawah Bayu

Comments: (0)
Salam semua.tunggu punya tunggu tapi ninja model baru tak kunjung datang.akhirnya aku mengalah.11 disember ari tu aku angkat satu modenas ct100 warna hijau dan pada tarikh keramat 12/12/12 pula aku angkat satu lagi moto Honda Repsol Wave Dash.saja buat koleksi.lagipun ninja 150 aku suda tak ada dalam simpanan.udah kena lego,biarpun aku sayang sangat dengan moto tu
Mungkin sudah tiba masa untuk aku tukar jenama.
1 Disember 2012 aku daftar diri di tempat bertugas yang baru selepas 8 tahun tinggalkan tempat dan bidang aku bermula dulu.
Aku tahu hidup ini sentiasa berubah.Hanya harapanku biarlah perubahan kali ini akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding apa yang ku lalui sebelum ini.
Bukannya aku menyesali akan apa yang telah aku lalui,cuma biarlah segala kelemahan dan kekurangan ku selama ini tidak akan berulang kerana akupun bukan seperti satu masa dahulu,punya kekuatan untuk menghadapi itu semua.Insyallah bust baik akan jadi baik juga akhirnya....