Ni kereta masih ada cuma jarang pakai sebab sekarang ni sudah banyak kenderaan di rumah. Kereta ni aku beli dengan trade in kereta Hyundai Accent. Cadangnya mau ambik kereta lain tapi tidak ada ejen kereta mau ambik Hyundai sebab banyak masalah. Aku pi tanya di Proton Edar dan ejen Toyota tapi kedua-duanya menolak untuk terima trade in. Akhirnya aku jumpa ejen kereta Nissan.Dia sanggup ambil RM14,000.Apa lagi aku tolak kereta Hyundai tu dan ambil Nissan Sentra ni, walaupun ketika itu harganya mencecah RM54,000 (harga di Labuan). Aku ambik nombor plat LB4524, mengenang kereta pertama family aku Nissan Sunnya dulu, SA452F.Dalam banyak-banyak kereta, Nissan ni la yang aku tabik spring.Bukan hanya kerna performance tapi jugak Service After Sales pun bagus.Sebab itu aku sayang mau jual,walaupun kini aku sudah ada tiga buah kereta (tidak termasuk empat bijik motor).Aku simpan sajalah.kalau mau pakai bila-bila boleh pakai.Lagipun bukan bagi masalah sangat sebab sudah abis bayar di bank.Sayang ooo...
Comments: (0)
My First Motobikes - Kawasaki AR80R
Motor ni aku beli second hand di kedai.Plat no WDA9609. Syok naik motor ni sebab kecik aje. Kenangan paling manis ialah masa aku bawak motor ni dari Labuan ke Lahad Datu pergi balik. Kira konvoi solo la.Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan.Cuma bila ingat motor sudah lama pakai dan pulak tu kecik saja,so aku tukar la dengan motor lain pulak.
Comments: (0)
Motor iparku - pinjam jugak lagi
Ni motor adik ipar aku. Sebab motor ni jugakla aku beli model yang sama untuk jadikan hak milik aku. Motor ni pada aku lawa designnya ala-ala sport bike,walaupun agak kecil. Puas jugak aku belasah,pakai pigi kerja. Tapi ya la kan,tak sama dengan hak milik sendiri.Last-last aku pi kedai motor dan beli sendiri.
Comments: (0)
Kereta pinjam - Honda Prelude
Lepas jual kereta Nissan dulu, aku tak ada kenderaan.So abang iparku bagi pinjam kereta kawan dia, model Honda Prelude.Kereta ni sporty, siap ada sunroof lagi.Seronok bawak anak jalan-jalan.Yang tidak syoknya kuat makan minyak.Nasib baik bukan kereta sendiri.Kalau tidak lama sudah aku jual.He..he...he..
Comments: (0)
Motor Pinjam - Yamaha SS 110
Masa mula-mula datang Labuan dulu,aku berjinak-jinak dengan motor bila dapat pinjam motor abang ipar aku, model Yamaha SS 110.Motor ni baru beli di KK.Sebab dia jarang pakai so aku bantai saja.Masa tu belum ada lesen motor lagi walaupun aku dah ada lesen kereta.Puas jugak la aku pakai motor ni keliling Labuan, sampaikan satu ketika masa isteri aku melahirkan anak sulung, aku accident sendiri di bandar Labuan.Entah macamana sebab kona bareng sangat akhirnya aku tersembam ke bumi.Calar jugak la motor tu.Nasib baik abang ipar aku tidak marah,walaupun aku tau dia agak terkilan sebab aku rosakkan motor dia. Tidakla rosak sangat cuma calar saja. Akupun kesal dengan apa yang berlaku tapi bukan disengajakan. Aku ingat lagi masa tu hujan renyai-renyai dan aku pulak kurang tidur sebab ulang-alik ke hospital menjenguk isteri yang sedang sarat mau melahirkan.
Comments: (0)
Kereta ketiga - Perodua Kancil 650
Bila ada rezeki lebih sikit sebab duit KWSP isteri keluar bila dia masuk skim berpencen,aku cadangkan padanya supaya ambik satu lagi kereta, biar kami kongsi bayar bulanan. Bukan apa, daripada itu udit abis tak tau kemana dibelanja,lebih baik beli barang sebab ada jugak yang boleh dijadikan kenangan. Lagipun senang sikit pigi kerja.Aku pakai Hyundai, isteri pakai kancil.Tak payah berebut mau guna kenderaan.Kami pilh Kancil aje sebab murah sikit.Kereta ni tak ada masalah sangat tapi bila dah berkereta kecil ni mau juga merasa yang besar sikit so kami tukar pulak dengan lain model.
Comments: (0)
Kereta Kedua - Hyundai Accent 1.3
Ni pulak kereta kami yang kedua.Kereta ni kami beli lepas Sa452F kena jual. Lepas bayar baki di bank, kami carila kereta baru.Mula-mula ingat mau pakai proton, tak kira la SAGA atau WIRA, tapi masalahnya tempoh menunggu hingga 6 bulan. Aku try tanya Kancil, kena tunggu 3 bulan pulak. Mana larat mau tunggu beb.Kami mau pigi kerja susah kalau tiada kenderaan.Last choice aku tanya ejen kerta yang jual Hyundai.Stok banyak jadi kalau beli on the spot boleh dapat.Janji loan bank approve.Akhirnya inilah yang jadi pilihan.
Kereta ni dari segi design ok.Tapi taulah kereta import.tak sesuai dengan cuaca Malaysia.Prestasi enjinpun kureng.Bila ada masalah mau ganti part pun susah.Kena order dari Korea.Yang tidak syoknya, bila abis saja hutang di bank,kereta meraagam.Susah mau start.Bulan pertama baiki enjin mau dekat seribu.Bulan kedua baiki lagi mau dekat lapan ratus.Last-last aku ambik keputusan jual aja,daripada menyusahkan.
Comments: (0)
Aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan selama ini kepada ku.Selain memiliki ZSR 150 aku juga memiliki beberapa buah kenderaan lain. Bukan untuk bermegah,cuma ini sahaja harta yang aku ada, di tambah dengan minat dan sedikit kelebihan yang aku ada. Kenderaan ini semua beli sendiri, tak ada satupun dari elaun FAMA (Father and Mother). Bukan apa, dah kerja dan bergaji tetap ni bolehlah guna kelebihan yang ada untuk membeli sesuatu yang aku minati. Lagipun terkenang masa mula-mula menjalani perkongsian hidup dengan isteri yang disayangi, kami pernah jalan kaki dan naik bas berhenti-henti, sampaikan dah dapat anak seorangpun masih terpinjam-pinjam kenderaan kawan bila anak sakit mau bawa ke klinik atau hospital. Tak kira siang atau tengah malam bila ada keperluan aku terpaksa tebalkan muka ketuk rumah member untuk pinjam kenderaan.Terima kasih buat Mr.Jais Scotle dan Miss Marali kerana sudi berkongsi kesusahan dan sudi meminjamkan kenderaan bila diperlukan.Jasa kalian takkan pernah aku lupakan.
Atas keperluan yang mendesak,isteriku mencadangkan agar kami mengambil kenderaan "second hand" dengan wang pendahuluan sebanyak RM4000 dia yang berikan hasil simpanannya selama ini sejak dari maktab perguruan sehingga setahun lebih bekerja.Aku...entah ke mana saja duit aku belanjakan.Dan akhirnya inilah kenderaan kami yang pertama.Syukur alhamdulillah, biarpun tidak sebaik mana akhirnya aku tidak perlu meminjam lagi kerana sudah berkenderaan sendiri.
Kereta Pertama Kami - Nissan Sunny 130Y - SA452F
Kereta ni banyak berjasa pada kami kerana masa ni lah kami baru memulakan hidup berkenderaan sendiri. Kereta ni jugak yang aku bawak ulang alik dari Lahad Datu ke labuan masa cuti sekolah bila balik kampung isteri untuk bercuti.Lama jugak la pakai. Kereta second hand biasalah banyak ragam.Kerap mogok bila mau start enjin. Satu hari tu ada askar datang rumah mau beli,siap bawak isteri yang sedang sarat mengandung, tunjuk minat sangat dengan kereta tu.Aku sebenarnya tidak ada niat pun mau jual sebab mau habis hutang di bank. Tapi entah macamana bila tengok isteri dia yang sedang sarat tu aku kesian pulak.Last-last aku jual jugak. Duit yang aku dapat aku buat deposit beli kereta baru.Terima kasih SA452F dan selamat bertugas bersama tuan baru.
Atas keperluan yang mendesak,isteriku mencadangkan agar kami mengambil kenderaan "second hand" dengan wang pendahuluan sebanyak RM4000 dia yang berikan hasil simpanannya selama ini sejak dari maktab perguruan sehingga setahun lebih bekerja.Aku...entah ke mana saja duit aku belanjakan.Dan akhirnya inilah kenderaan kami yang pertama.Syukur alhamdulillah, biarpun tidak sebaik mana akhirnya aku tidak perlu meminjam lagi kerana sudah berkenderaan sendiri.
Kereta Pertama Kami - Nissan Sunny 130Y - SA452F
Kereta ni banyak berjasa pada kami kerana masa ni lah kami baru memulakan hidup berkenderaan sendiri. Kereta ni jugak yang aku bawak ulang alik dari Lahad Datu ke labuan masa cuti sekolah bila balik kampung isteri untuk bercuti.Lama jugak la pakai. Kereta second hand biasalah banyak ragam.Kerap mogok bila mau start enjin. Satu hari tu ada askar datang rumah mau beli,siap bawak isteri yang sedang sarat mengandung, tunjuk minat sangat dengan kereta tu.Aku sebenarnya tidak ada niat pun mau jual sebab mau habis hutang di bank. Tapi entah macamana bila tengok isteri dia yang sedang sarat tu aku kesian pulak.Last-last aku jual jugak. Duit yang aku dapat aku buat deposit beli kereta baru.Terima kasih SA452F dan selamat bertugas bersama tuan baru.
Comments: (1)
.jpg)
Comments: (0)

Terima kasih yang tak terhingga buat En.Azizie Md Yusoph, jurulatih yang didatangkan khas dari SMK Labuan untuk mengajar bagaimana membina laman blog. Sebelum ini aku udah pernah create blog sendiri tapi saja-saja untuk tambah ilmu ICT. Rupa-rupanya banyak benda lagi yang belum sempat aku teroka. Nasib baik dapat ikut kursus Membina Laman Blog selama 2 hari (9 hingga 10 Nov.2009) anjuran Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Labuan. Cuma rasa rugi sikit sebab minggu lepas ada juga diadakan kursus photoshop.Aku bab-bab seni halus dan kreatif ni lemah sikit. Harap-harap kalau ada lagi kursus ICT seumpama ini aku tersenarai lagi untuk jadi peserta. Terima kasih buat penganjur dan urusetia.
Comments: (0)
Aku memang sudah rancang sejak awal lagi kalau ada motor ZSR150 aku akan tukar cat biru. Bukan apa,Dulu motor pertama warna merah.Tukar selera la pulak.lagipun aku ada kenal kawan yang boleh bagi harga bagus untuk cat motor seluruh badan. Tapi bila tiba waktu tukar cat, punyala lama aku tunggu,hampir masuk 3 bulan baru siap.Bukan apa, kawan tu sibuk bikin cat kereta,sampai aku hampir putus asa tunggu lama betul. Nasib baik seminggu sebelum raya aku sempat ambil motor tu. Patut la harga murah.Dia cat pun cincai saja. Tidak apala janji sudah tukar warna. Hasilnya dengan bermodalkan RM150, inilah dia transformasi yang aku maksudkan.Tadaaaa....!!

Comments: (0)
Satu saja yang aku tidak berkenan dengan motor ni ialah pasal warna bodynya.Adaka patut sampai 3 color.Hitam,kelabu dan kuning.Sori,not my taste.Aku suka satu kaler saja. Kami ke JPJ keesokannya untuk urusan tukar nama.Semua pembayaran urus tukar nama aku buat.Tidak apala janji sudah tukar nama.Satu saja yang bikin pening sikit kepala aku ialah macamana aku mau kasi tau sama orang rumah yang aku beli lagi satu motor. Bukan apa, di rumahpun sudah ada ZSR150 dan EX5. Ni kalau dia tau aku beli lagi motor sebijik, tidak taula apa dia akan cakap.Aku get ready sajalah kena bom nanti,he..he...he..
Sampai di rumah anak-anak dan isteri tak banyak komen.Seronok pulak tengok diorang tidak kisah aku tambah lagi satu bijik motor.Selamatttt...
Comments: (0)
Comments: (0)
Ini adalah kenangan lama aku yang paling special. ZSR150 ni tidak ada problem sepanjang aku guna, hanya setakat minor service saja.Motor ni aku beli second hand dari kedai.Kiranya aku tuan kedua la.Tuan punya motor tolak motor tu ke kedai.Kesian kawan tu, sebab berhenti kerja terpaksa jual motor.Aku pulak tolak motor lama aku Kawasaki AR80R buat deposit.Motor tu aku sayang jugak tapi sebab sudah selalu sangat kondem jadi aku tidak ada pilihan selain "say good bye" buat dia.Lagipun aku sudah lama mengidam mau ambik motor besar sikit.So dapat ZSR150 ni sudah kira okey la.Akupun bukannya hardcore mat motor.Cuma minat saja.Dapat bawak pigi keja pun jadikla. Motor ni ada loan di bank yang belom settle lagi so tiap-tiap bulan aku bayar di bank.Alhamdulillah berkat kesabaran aku akhirnya settle jugak utang.Paling seronok bila sudah jadi hak milik sepenuhnya.Best,tidak payah berhutang lagi.Motor ni aku tidak pernah bawak ke luar daerah, sekadar pakai di pulau ni saja.Pergi keja, balik keja, sangat mudah.Tida payah pikir untuk bayar parking.Kalau jem senang-senang potong line,he..he..he. Puas jugak la aku pakai.Kalau tidak silap dari sejak tahun 1998 hingga 2008.Kira 10 tahun la jugak kan.Malangnya last semester masa study di OUM dulu aku kena settle yuran pengajian yang makan banyak ribu jugak la.Atas nasihat kawan aku terpaksa tolak motor kesayangan aku untuk settle duit pengajian tu.Apa boleh buat sudah nasib badan. Bagaimanapun aku janji pada diri aku lepas tamat pengajian nanti aku mesti cari jugak penggantinya, biarpun tidak sama dan tidak serupa 100%. Janji ZSR150. Terima kasih LA6591 dan selamat bertugas dengan tuan baru...hu..hu..hu.
Comments: (0)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat blog dan khususnya peminat Motosikal Kawasaki ZSR150 Ninja. Blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi pengalaman memiliki Kawasaki ZSR150 kerana puas mencari di internet tapi tiada satupun laman web khas yang membicarakan secara khusus berkaitan Kawasaki ZSR150 ini, walaupun pada pendapat saya, ZSR 150 mempunyai keistimewaannya sendiri.Di samping itu saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai landasan untuk saya berkongsi pengalaman memiliki dan menunggang motosikal kegemaran saya ZSR150. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih sekiranya tuan-tuan dan puan-puan dapat berkongsi maklumat berkaitan ZSR150 sekiranya ada.Wassalam.